Kanak2 lumpuh menang saman, hospital awam diarah bayar rm5j. Ini punca kecuaian

Kanak2 lumpuh menang saman, hospital awam diarah bayar rm5j. Ini punca kecuaian

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin mengarahkan sebuah hospital awam membayar lebih RM5 juta atas dakwaan kecuaian yang menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lumpuh.

Menurut laporan BH Online, Nur Adeena Mohd Syahmir yang dilahirkan secara pembedahan mengalami kecederaan saraf tunjang, susulan komplikasi pembedahan sekali gus mengakibatkan lumpuh dari leher ke bawah.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, doktor pakar menerangkan bahawa berdasarkan keadaan, Nur Adeena berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun, justeru mangsa layak mendapatkan pampasan secukupnya.

Kanak2 lumpuh menang saman, hospital awam diarah bayar rm5j. Ini punca kecuaian

“Tiada jumlah wang yang boleh mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu. Oleh itu, mahkamah hanya boleh memberikan jumlah mencerminkan kerugian dialami serta jumlah itu tidak boleh terlalu tinggi sebaliknya munasabah.

“Mahkamah juga berpandangan jumlah ganti rugi diberikan mesti mengimbangi sebaik mungkin perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung penjaga plaintif (kanak-kanak itu),” kata Akhtar.

Kanak2 lumpuh menang saman, hospital awam diarah bayar rm5j. Ini punca kecuaian

Untuk rekod, hospital tersebut pernah melakukan siasatan sebelum mendapati pegawai perubatan bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan selain ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.

Kemudian, mangsa selaku plaintif melalui bapanya Mohd Syahmir Mohd Kamal menfailkan saman terhadap kerajaan dan doktor terbabit atas dakwaan cuai serta gagal bertindak demi kepentingan mangsa.

Menerusi pemerhatian di laman Facebook, akaun dipercayai milik ibu Nur Adeena iaitu Nurul Khairiyah ada memuat naik beberapa hantaran dari tahun 2020 hingga 2021 berhubung kesakitan dialami oleh mangsa.

Sumber : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*