Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam, belajar sunah dan al-Quran…

Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam, belajar sunah dan al-Quran…

SELAIN pernah bercinta dengan lelaki berbangsa Melayu, Inspektor Sheila mendedahkan dia turut mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam pada zaman persekolahan bagi mempelajari agama berkenaan.

“Saya ada pengalaman bercinta dengan lelaki Melayu malah bapa saya juga pernah bercinta dengan wanita Melayu. Jadi dia terbuka soal tersebut.

“Ketika tingkatan lima pun saya ambil mata pelajaran Tasawwur Islam untuk belajar tentang Islam malah saya dapat gred B dalam subjek itu. Saya juga tahu serba sedikit tentang al-Quran dan sunah,” katanya kepada mStar.

Sheila berkongsi perkara itu pada pertemuannya dengan usahawan dan pelakon, Iqbal Zulkefli diaturkan mStar.

Mereka digandinglan selepas Iqbal meluahkan hasrat untuk mengenali Sheila lebih rapat selepas dia menyifatkan wanita itu mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam, belajar sunah dan al-Quran…

“Saya ada high expectation terhadap lelaki… seseorang itu mesti berkerjaya, bercita-cita tinggi, hormat ibu bapa dan arif tentang agama.

“Dalam kata lain kena lengkap ciri-ciri yang baik. Saya juga cuba untuk menjadi seorang wanita lebih baik dan bukan hanya mahu lelaki sempurna,” jelasnya.

Sementara itu mengulas tentang pertemuan bersama Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, Sheila tidak menyangka komen gurauan di media sosial akhirnya mereka dapat bertenang mata.

Meskipun baru pertama kali bersua muka, Sheila berkata dia tidak kekok bersama Iqbal kerana usahawan itu seorang yang cepat mesra dan ramah.

“Saya pun tak sangka dapat berjumpa Iqbal. Bila bertemu, saya melihat dia seorang yang kacak, ramah dan ada sedikit sifat kebudak-budakan.

“Banyak lagi perkara yang saya mahu kenal tentang Iqbal. Mungkin kami boleh jadi rapat selepas ini,” jelasnya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*