Inspektor Sheila ajak Iqbal berlakon filem Tamil, terpegun tengok pakai baju pengantin India… Shah Rukh Khan pun kalah

Inspektor Sheila ajak Iqbal berlakon filem Tamil, terpegun tengok pakai baju pengantin India… Shah Rukh Khan pun kalah

PENAMPILAN usahawan sensasi Iqbal Zulkefli memakai dhoti atau pakaian tradisional pengantin India mendapat pujian pegawai polis kontroversi, Inspektor Sheila.

Terpegun melihat ketampanan Iqbal, Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, berkata sahabatnya itu kelihatan seperti seorang raja apabila mengenakan busana berkenaan.

“Awak membuat saya terkejut. Awak nampak sangat kacak dalam pakaian tradisi kami (masyarakat India). Awak kelihatan seperti raja.

Auto Draft

Iqbal mencuba pakaian tradisional India.

“Awak betul-betul membuat saya rasa kagum. Kepada rakan-rakan semua, adakah anda suka dengan pemakaian Iqbal? Lelaki Melayu kalau pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun kalah,” katanya.

Sheila menulis perkara tersebut di laman Facebook berserta beberapa keping foto Iqbal mengenakan dhoti berwarna merah keemasan.

Dalam tulisannya itu, Sheila juga secara bergurau mempelawa Iqbal bergandingan dengannya dalam filem Tamil.

“Awak pakai apa pun memang kacak. Orangnya dah dilahirkan kacak, tetapi kali ini awak betul-betul nampak berbeza.

“Awak dah boleh berlakon filem Tamil dengan saya. Terima kasih kerana menghargai bahasa tradisi dan budaya kami,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, memberitahu dia banyak belajar tentang budaya masyarakat India selepas berkenalan rapat dengan Sheila.

Auto Draft

Sheila dan Iqbal mula rapat selepas sesi fotografi bersama mStar.

“Saya berterima kasih kerana Sheila banyak ajar saya perkara baru. Akhirnya saya dapat pakai pakaian cantik begini,” jelasnya.

Hubungan mereka sebelum ini menjadi perhatian apabila Iqbal secara terbuka menyatakan harat untuk mengenali Sheila dengan lebih rapat lagi.

Mereka pertama kali bertemu dalam satu sesi fotografi yang diaturkan mStar pada 7 Julai lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*