Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

Deraian air mata mengalir deras apabila melihat nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang kini terpaksa menanggung derita akibat barah saraf menerusi perkongsian penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun sebentar tadi.

“Ustazah datang ni.., Sofia tak boleh melihat Ustazah lagi..”

Menerusi perkongsian Ustazah Asma’, kanak-kanak dikenali Afrina Sofia dikatakan telah kehilangan nikmat penglihatan kedua-dua belah matanya kerana barah saraf yang dihidapinya kini.

Apa yang lebih menyentuh hatinya sebagai seorang ibu dan kemanusiaan, ibu kepada Sofia mendedahkan kanak-kanak itu mahu bertemu dengan Ustazah. Malangnya, dia kini tidak lagi boleh melihat dengan kedua-dua belah matanya biarpun sudah mempunyai peluang untuk bertemu.

“Allahu Akbar.. petang yang sarat dengan deraian air mata. Ziarah anakanda Afrina Sofia yang telah buta kedua mata kerana barah saraf.
“Mama Sofia cerita bahawa akhir-akhir ini Sofia kerap bagitahu nak jumpa Ustazah, yang dimaksudnnya ialah saya. Sebab itu bila saya masuk sahaja ke rumah ini tadi, semua berkata “akhirnya Sofia dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni…”
“Tapi, Sofia tak boleh melihat Ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi,”tulisnya pada hantaran di laman Facebook.

Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

Dah tiga tahun Sofia diuji kanser saraf

Mengulas lanjut, Ustazah Asma’ berkata, Sofia merupakan anak jiran mentuanya yang terletak di Besut, Terengganu dan lidahnya terkelu apabila melihat keadaan kanak-kanak perempuan itu.

Difahamkan, Sofia disahkan menghidap kanser sarah pada penghujung tahun 2020 iaitu ketika dia berumur 6 tahun dan ini bermaksud dua tiga tahun dia terpaksa mengharungi dugaan hidup penuh mencabar.

“Sudah tiga tahun Sofia diuji kanser saraf yang menunggu saat pergi, tiada lagi ubat atau rawatan untuk barah di tahap dan jenis ini.
“Sofia tak berhenti mengesat matanya, rupanya itu yang terjadi bila dia menangis tapi air mata tidak boleh keluar lagi, lalu matanya menjadi pedih.
“Daripada tampalan penutup mata yang terselak, saya boleh lihat kedua mata putih Sofia telah pun tersembul keluar, kelopak mata tak boleh menutupi lagi. Sebab itu ditutup dengan kapas kerana pedih apabila terkena angin,”ceritanya.

Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

“Ustazah, Sofia ada dosa dengan Mama sebab bila tak nampak…”

Melihat keadaan Sofia, Ustazah Asma’ tenang memberi kata-kata semangat di saat kanak-kanak ini menyalahkan dirinya mempunyai dosa kerana sudah membuatkan ibunya marah disebabkan lambat kerana tidak nampak.

Penceramah bebas ini juga sempat mendoakan agar Sofia diberi kesembuhan dan boleh melihat semula agar dia dapat menikmati kegembiraan seperti kanak-kanak lain di luar sana.

Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

Sofia hanya ada masa dua bulan selepas kimoterapi, tapi…

Katanya lagi, Sofia dijangka mampu bertahan selama dua bulan selepas menjalani kimoterapi, namun dia masih lagi mampu bertahan kuat sehingga kini dan dikatakan lebih matang berbanding kakaknya.

Meskipun usianya masih mentah, namun Sofia merupakan seorang yang matang dan kaya dengan sopan santun.

Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

Hidap barah saraf, budak 9 tahun buta kedua belah mata -“Bulan lepas boleh lihat lagi..”

Sumber: FB Ustazah Asma’ Harun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*