Emma Maembong meminta maaf

Perbualan WhatsApp tersebar… Emma Maembong minta maaf kerana jadi penyibuk, menafikan niat campur tangan dalam hal Aliff Aziz dan Bella

Selepas namanya disebut dalam perbualan WhatsApp yang dikatakan antara Aliff dan individu dikenali sebagai ‘NRF’, pelakon Emma Maembong minta maaf dan mengaku kesilapannya kerana cuba masuk campur dalam urusan peribadi pelakon lelaki terbabit.

Emma, juga dikenali sebagai Fatimah Rohani Ismail, 32, menjelaskan bahawa dia sepatutnya tidak berbuat demikian, tetapi rasa ingin tahu membuatkan dia bertanya kepada pelakon Ruhainies tentang beberapa perkara berkenaan Bella.

“Yes, saya mengaku memang salah saya kerana bertanya kepada Ruhainies tentang apa yang berlaku. Saya hanya bertanya, bukan untuk mengutuk atau menambah cerita.

“Salah saya kerana bertanya, tetapi saya tidak berniat untuk memihak mana-mana pihak.

“Saya muat naik video ini kerana tidak mahu ada salah faham, saya tidak memihak sesiapa kerana yang salah tetap salah,” katanya.

Emma berkongsi perkara ini melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.

Sementara itu, Emma menjelaskan bahawa dia hanya mahu mengetahui kebenaran kerana desas-desus tentang Bella dan perkahwinannya tersebar di set penggambaran drama.

“Sepanjang saya shooting, isu Bella ini viral di set penggambaran kami, orang di belakang tabir juga turut bercakap.

“Saya juga mendengar banyak desas-desus tentang perkara yang berlaku. Ketika saya dengar cerita itu, saya kasihan melihat apa yang Bella lalui.

“Tetapi saya dengar apabila orang bercerita mengenai sikap Bella yang berlainan, dan saya tertanya-tanya,” ujar Emma.

Walau bagaimanapun, pelakon drama ‘Takdir Itu Milik Aku’ ini menjelaskan timbul salah faham apabila dia terlibat dengan masalah yang berlaku antara Bella dan Ruhainies.

Kata Emma, hubungan mereka hanyalah sebagai rakan artis, tetapi dia lebih rapat dengan Ruhainies dan memutuskan untuk bertanya kepada pelakon tersebut.

“Timbulnya salah faham kerana saya ada berbual dengan Ruhanies. Apa yang saya dengar tentang Bella sebelum viral lagi, takkan saya nak tanya kepada Bella.

“Kalau ikutkan Bella dan Ruhainies, saya lebih selalu duduk semeja dan bersembang dengan Anies (panggilan Ruhainies).

“Apabila orang bercerita tentang Bella, itu hanya desas-desus yang disampaikan di set penggambaran dan bukan saya yang menfitnah.

Perbualan WhatsApp tersebar... Emma Maembong minta maaf kerana jadi penyibuk, menafikan niat campur tangan dalam hal Aliff Aziz dan Bella
Perbualan NRF dan Aliff yang mengaitkan nama Emma serta adiknya.

“Saya rasa tidak manis jika saya bertanya terus kepada Bella, jadi saya bertanya kepada Ruhainies. Cuma itu salah saya kerana bertanya kepada pihak ketiga,” jelasnya.

Emma, bagaimanapun, mengakui kesalahan kerana sepatutnya dia tidak perlu campur tangan dalam perkahwinan orang lain.

Pelakon tersebut juga memohon maaf kepada Bella atas salah faham yang berlaku dan menegaskan bahawa dia tidak ada niat untuk campur tangan dalam urusannya.

“Itulah kesilapan saya apabila jadi penyibuk dan bertanya. Sekali itu sahaja saya bertanya, dan kesilapan itu menimbulkan salah faham.

“Saya mengaku salah, sepatutnya saya tidak campur tangan. Saya minta maaf kepada Bella kerana saya tidak sepatutnya masuk campur.

“Saya minta maaf, tidak ada niat untuk mengutuk. Saya minta maaf atas salah faham ini,” katanya.

Pada malam Rabu, individu yang mendakwa kekasih gelap Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine, mendedahkan beberapa perbualan yang didakwa antara Aliff dengan NRF.

Dalam perkongsian tersebut, terdapat juga perbualan yang melibatkan nama Emma dan Chacha, yang didakwa adik kepada pelakon tersebut.

NRF mendakwa Emma dan Chacha mengatakan kenyataan Bella sebelum ini terlalu bersungguh, membuatkan pengikut media sosial percaya dengan apa yang dikatakannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top