Emak sanggup buang anak perempuan 11 tahun sebab suami baru taknak anak tu

Emak sanggup buang anak perempuan 11 tahun sebab suami baru taknak anak tu

Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baru yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini.

Bapak tiri kata anak ini ‘masalah’.

Tolong lah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah.

Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapak tiri dia.

Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapak tiri.

Kalau lari rumah tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita bukan lepak dengan kawan.

Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapak tiri tanpa kehadiran emak.

Ini bapak tiri ke dua. Sebelum ini bapak tiri yang lain ok aje dia tak buat masalah.

Tolong lah jadi orang tua pertahankan anak.

Jangan pandai buat anak tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin aje tetapi bodoh nak pertahankan anak!

Pengurus wanita kami tengah settlekan kat Balai Polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak² TBQ Amal dan emak dia rela hati sign apa² dokumen untuk serahkan anak dia.

Minta maaf kalau posting ini kali kasar sedikit tetapi tak boleh ‘brain’ dengan perangai emak-emak yang bodoh!…..

Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insyaAllah tak akan miskin kita bila jaga anak ini.

Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baru yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak…

Posted by Herman Sudil on Sunday, July 16, 2023

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*