“Dia meninggal dlm tidur..”- Takziah kepada Keluarga Siti Nordiana Atas Kehilangan Insan Tersayang

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Nordiana berkongsi khabar duka bapanya, Alias Ahmad meninggal dunia pagi ini.

Memohon agar semua pihak mendoakan buat arwah bapanya, Siti Nordiana bagaimanapun tidak berkongsi butir lanjut mengenai punca pemergian bapanya.

“Assalamualaikum semua. Ayah nana yang tercinta Alias bin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

“Mohon semua sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham ayah Nana,” tulis penyanyi itu menerusi Instagram Story miliknya sebentar tadi.

“Dia meninggal dlm tidur..”- Takziah kepada Keluarga Siti Nordiana Atas Kehilangan Insan Tersayang
Perkongsian Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana itu menerima ucapan takziah di atas pemergian bapanya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojun, Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

“Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah ayahku, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.

“Jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami sekeluarga.

Tempatkanlah Allahyarham ayah ku di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*