Bertanding PRN Atas Tiket Bebas, sekali Baby Shima Mahu Berkhidmat Untuk Rakyat

Bertanding PRN Atas Tiket Bebas, sekali Baby Shima Mahu Berkhidmat Untuk Rakyat

KEPUTUSAN mengejut penyanyi Baby Shima mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini kerana ingin membela nasib rakyat. Bakal bertanding atas tiket bebas, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli bagaimanapun belum bersedia mendedahkan kawasan dia bakal bertanding selain manifesto bakal dijanjikan kepada pengundi.

Bertanding PRN Atas Tiket Bebas, sekali Baby Shima Mahu Berkhidmat Untuk Rakyat

Buat masa ini saya tak boleh kongsi lanjut mengenai perkara ini tapi saya akan bertanding atas tiket bas.

“Di kawasan mana dan apa manifesto saya untuk rakyat akan saya umumkan tidak lama lagi. Saya mahu bela nasib rakyat agar beban dihadapi masyarakat dapat diselesaikan…” – Baby Shima

Dalam pada itu, penyanyu lagu Roadblock Hatiku itu memberitahu tujuan utama dia terjun ke dalam bidang politik adalah demi berkhidmat kepada rakyat. Menjadikan artis-artis yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini sebagai inspirasi, Shima mengambil inisiatif membantu rakyat lebih-lebih lagi golongan belia.

“Sebelum ini ramai artis lain pun terlibat dalam politik. Tujuan mereka mahu yang terbaik untuk rakyat. Begitu juga saya, tak salah kalau kita ada niat baik mahu berbakti kepada masyarakat terutamanya anak-anak muda…” – Katanya

Shima bagaimanapun yakin masih ada dalam kalangan masyarakat yang akan menyokong niat baiknya masuk ke dalam dunia politik.

“Saya tidak boleh halang kalau ada yang ingin memberi kecaman kepada saya. Saya hanya berniat untuk membantu masyarakat. Dalam yang mengecam, ada yang turut menyokong niat baik saya…” – Katanya lagi

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*