Baru beberapa jam berlepas, Kru Malaysia Airlines MH122 dianc4m dan trpksa mendarat di Sydney.

Sydney: Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur tergendala apabila seorang lelaki mengancam kru dan penumpang pesawat berkenaan, tengah hari ini.

The Sydney Morning Herald melaporkan pesawat itu yang sepatutnya berlepas jam 1.06 tengah hari tadi (waktu tempatan) terpaksa berpatah balik semasa berada di New South Wales sebelum mendarat di Lapangan Terbang Sydney.

Added:

Menurut sumber daripada pelbagai lapangan terbang, sekurang-kurangnya 50 penerbangan masuk dan keluar terpaksa ditunda susulan kejadian itu.

Apabila berlaku kecemasan, penerbangan akan dihentikan sehingga menerima arahan kecemasan daripada pihak berkuasa.

Insiden itu tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dalam pesawat berkenaan menjerit terhadap kru dan penumpang lain sambil memeluk sebuah beg di dadanya.

Pesawat itu berada di Lapangan Terbang Sydney, manakala penumpang akan dibenarkan keluar dari pedawat berkenaan selepas melalui proses pemeriksaan keselamatan.

Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan ketua penerbangan pesawat itu membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney atas faktor keselamatan.

Baru beberapa jam berlepas, Kru Malaysia Airlines MH122 dianc4m dan trpksa mendarat di Sydney.

“Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan).

“Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah paling penting bagi Malayisa Airlines,” katanya.

Jurucakap Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak lapangan terbang dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, jurucakap Lapangan terbang Sydney, pihaknya membantu pihak berkuasa bagi menguruskan insiden berkenaan.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*