Bapa mertua Azhar Sulaiman, Pahamin Rajab meninggl dunia

Bapa mertua Azhar Sulaiman, Pahamin Rajab meninggl dunia

BEKAS Pengerusi AirAsia Berhad Datuk Pahamin Ab Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 77 tahun.

Khabar duka ini dimaklumkan oleh menantunya Azhar Sulaiman menerusi posting Instagramnya, awal pagi Ahad.

Menurut Azhar, Pahamin yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London.

“Dukacita saya nak maklumkan bapa mentua saya Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.

“Dia baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan dan sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya Rees ada kat London,” katanya dalam video yang dimuat naik.

Azhar berkata Allahyarham pergi ke london untuk menghadiri hari graduasi anak lelakinya.

Dia turut memaklumkan semua ahli keluarga akan terbang ke London pada Isnin.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*