Baju pengantin tak muat masuk kereta, sekali Shikin Maembong dedah perkara yang terjadi

Baju pengantin tak muat masuk kereta, sekali Shikin Maembong dedah perkara yang terjadi

Umum mengetahui, penyanyi, Cat Farish selamat bergelar suami kepada pelakon dan usahawan, Shikin Maembong dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diraikan pada 13 Julai yang lalu, kira-kira jam 9.07 malam.

Di Instagram, Shikin memberitahu dia dan suami terpaksa duduk di belakang ‘pickup’ selepas majlis tersebut selesai. Kenapa?

Gambar pertama suami isteri

Menerusi posting yang baru sahaja dimuat naik, Shikin berkata foto tersebut merupakan foto pertama mereka sebagai suami isteri. Menurut Shikin, di sebalik foto tersebut tersimpan sebuah kenangan yang kelakar.

Ujar Shikin, dia tidak muat untuk masuk ke dalam kereta disebabkan baju pengantin yang dipakai. Oleh sebab itu, mereka berdua terpaksa duduk di belakang ‘pickup’ sehingga sampai di hotel.

Foto pertama sebagai suami isteri. Cerita dia lepas majlis resepsi semalam, baju pengantin saya tak muat masuk kereta. Jadi kami terpaksa duduk di belakang pickup sampai hotel. Memori paling rare.

Lebih menghiburkan, pihak polis turut bertanya kepada mereka kenapa duduk di belakang.

Sampai pihak polis tanya kenapa duduk belakang. Pemandu kata baru kahwin, baju pengantin tak muat masuk kereta.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur sebaik sahaja membaca kapsyen Shikin. Menurut netizen, momen tersebut sememangnya ‘rare’ dan jarang berlaku.

Lihat posting Instagram di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shikin maembong (@shikin_maembong)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*