Apa la korg ni ambil serius sgt kenapa, dia hanya bergurau saja, agak la bulan puasa nk mkn..buka puasa boleh la belanja – nertizen

Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri memohon maaf apabila dia tidak dapatkan menunaikan janji manifestonya selepas dia memenangi kategori itu, Jumaat lalu.

Bell yang juga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH35 berkata, dia tidak menyangka janjinya untuk belanja makan tengah hari di bulan Ramadan yang dibuat secara bergurau dan spontan itu dipandang serius sesetengah pihak.

“Manifesto yang digunakan untuk berkempen itu adalah cadangan daripada rakan, tetapi saya tidak menyangka ia dipandang serius pula. Saya anggap ia sekadar gurauan saja.

“Apabila dijadikan sebagai manifesto kempen, saya berpendapat takkan mereka hendak makan ketika bulan puasa. Namun, saya tidak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam.

“Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas. Saya memang tidak sangka sebenarnya,” katanya.

Pempengaruh media sosial popular berbangsa India, Dr Malar Santhi antara yang menuntut Bell membelanjanya makan tengah hari pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Bell berkata, dia mengambil ikhtibar untuk membuat lawak pada masa akan datang.

“Saya meminta maaf, namun saya bukan berkecimpung dalam bidang politik. Saya berada dalam bidang hiburan dan apa yang saya buat untuk menghiburkan anda semua saja.

“Tidak ada pun saya terfikir untuk merealisasikan apa yang dijanjikan dengan betul. Namun saya menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk membuat lawak,” katanya.

‘Saya boleh ‘tapau’kan nasi vanggey dua dengan teh o ais’ – Bell Ngasri

“Kalau dia nak juga, insya-Allah tak payah bulan puasa. Saya boleh ‘tapau’kan (bungkus) nasi kandar vanggey dua dengan teh o ais,” kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri, 42, selepas diterjah pempengaruh, Dr Malar Santhi yang menuntut dia menunaikan janji belanja makan tengah hari pada bulan Ramadan sekiranya menang kategori Artis Komedi Popular di ABPBH35.

Bell yang memang kategori itu berkata, dia terkejut apabila Dr Malar datang bertemu dengannya ketika dia terbabit dalam satu program TV semalam.

“Semalam kami bertemu dan bertentang mata. Kami terjumpa di sebuah program TV. Saya panik dan menggeletar sebab mula-mula dia cakap dia bukan terbabit dalam program itu pun. Dia datang memang nak cari saya saja, lagilah saya menggelupur,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Bell, Dr Malar menjelaskan dia sebenarnya sekadar melawak dan mengakui sudah mengenali Bell sejak kecil.

“Alhamdulillah, dia pun seorang yang baik orangnya. Saya terharu dan tidak sia-sialah saya berlakon serta berada dalam bidang seni ini sejak kecil lagi,” katanya.

Bell berkata, dia memang tidak berkira dan sedia belanja Dr Malar tanpa perlu menunggu bulan Ramadan.

Dalam masa sama, Bell tidak menyangka manifesto gurauan itu besar impaknya.

“Ini adalah kejutan, malah satu tamparan hebat sebab saya tak pernah terfikir hal itu. Dr Malar memang nak tengok boleh ke tidak saya melunaskan manifesto itu,” katanya.

Terdahulu, Dr Malar berkongsi videonya menerjah Bell di lokasi satu program TV. Dengan nada bergurau, dia menuntut pelakon itu tunaikan janjinya selain sempat berborak dengannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*