Anak Muram Ke Sekolah, Rupanya Bibir Digigit Guru Lelaki..Ramai Murid Lain Kena

Anak Muram Ke Sekolah, Rupanya Bibir Digigit Guru Lelaki..Ramai Murid Lain Kena

Melihat anak lelakinya yang berusia 6 tahun mengeluh dan nampak tidak gembira untuk ke sekolah, seorang ibu bernama Puan Eyma Zaideen mula mempunyai firasat kurang enak. Bukan sekali dua ia berlaku, bahkan sudah banyak kali Puan Eyma melihat Abang Cik seakan-akan berat ketika perlu kembali bersekolah selain kerap bertanya tentang cuti.

Dahlah gigi cikgu kuning, mulut hitam, Abang Cik geli

Anak Muram Ke Sekolah, Rupanya Bibir Digigit Guru Lelaki..Ramai Murid Lain Kena

Setelah ditanya secara terperinci, barulah anaknya berterus terang mengenai punca utama dia trauma ke sekolah. Pulang dengan wajah sugul dan meminta untuk ditukarkan sekolah, Abang Cik mendedahkan ada seorang guru lelaki punyai tabiat menggigit bibir, telinga dan juga hidung pelajar. Abang Cik adalah salah seorang target gangguan pendidik terbabit.

Memang famous gigit orang

Lebih mengejutkan, ramai lagi murid lain terkena benda sama. Walaupun sudah sedia tahu tentang sikap buruk cikgu tersebut, rakan pengajar lain sepertinya hanya pejam mata.

Ibu bapa lain mungkin senyap, tapi tidak dengan aku

Tidak akan berdiam diri, Puan Eyma cukup meradang dengan apa yang berlaku kepada anaknya. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak- anak menuntut ilmu, malangnya begini pula yang terjadi.

Budak perempuan & lelaki semua kau gigit ya

 

Posted by Eyma Zaideen on Sunday, July 9, 2023

 

Wanita ini kemudiannya menemui seorang murid perempuan lain untuk diminta menceritakan semula gangguan yang dialami. Mengiyakan perbuatan gigit itu, katanya rakan-rakan lain pernah juga diganggu oleh cikgu sama. Setelah isu ini tular, pihak sekolah meminta agar pendedahan ini dipadamkan. Namun Puan Eyma tegas dengan pendiriannya untuk mempertahankan anak serta memberikan kesedaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*