Anak diikat di Katil ketika mengambil darah, sekali Bapa Dea Maisarah tampil cerita hal sebenar

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok daddy_syifaa, dan telah ditular baru-baru ini.

Baru-baru ini tular mengenai kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama Dea Maisarah telah meninggal dunia selepas diambil darah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Menurut keterangan saksi, mereka terdengar adik Dea Maisarah merayu dilepaskan. Serta ketika itu arwah dalam keadaan sedar ketika doktor mengambil sampel darah yang mana bukannya keutamaan kerana ia boleh diambil selepas arwah ‘warded’.

Kes kematian Dea Maisarah adalah satu kecuaian seorang doktor di mana secara tidak langsung ia menjadi punca kanak-kanak itu meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Oleh itu, tindakan kakitangan hospital tersebut membuat laporan bahawa anaknya sudah meninggal dunia ketika bawa ke hospital itu.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati mengenai kes ini dan minta orang ramai untuk membantu bapa Dea Maisarah serta mengambil tindakan yang setegas-tegasnya atas pihak berkenaan.

Netizen turut memberi komen mengenai kes ini, mengatakan perkara ini seharusnya mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian pihak hospital. Ada juga yang mengatakan reaksi doktor tersebut tidak sepatutnya beliau mengambil darah ketika oksigen pesakit sedang ‘drop’.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*