Abang Cameron Highland tampil mohon maaf, Rupanya ini kejadian sebenar hampir ke gaung

Abang Cameron Highland tampil mohon maaf, Rupanya ini kejadian sebenar hampir ke gaung

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki berbadan sado berbaju merah memarahi dan menunjal dahi seorang wanita yang memandu Perodua Myvi gara-gara memandu secara merbahaya sewaktu perjalanan dari Cameron Highland.

Akibat itu, lelaki berkenaan ditahan oleh polis dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari kerana mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.

Abang ‘Cameron Highland’ mohon maaf
Terbaharu, dia yang dikenali Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan insiden berkenaan.

Abang Cameron Highland tampil mohon maaf, Rupanya ini kejadian sebenar hampir ke gaung

“Pertama sekali, saya mahu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia sebab kelakuan saya terhadap seorang wanita kerana menunjal dahi yang berlaku di Jalan Tapah – Cameron Highland,”ujarnya.

Muhammad Zaim Faiz juga berharap agar orang tidak lagi memberi sebarang komen atau ulasan yang negatif terhadap insiden yang berlaku sebelum ini, namun mengaku bersalah kerana menunjal dahi pemandu wanita terbabit.

Katanya, tahap kesabarannya sebagai seorang lelaki juga batasan lebih-lebih lagi ia melibatkan nyawa keluarga tersayang.

Marah sebab pandu secara bahaya, hampir ke gaung. Muhammad Zaim Faiz dalam satu sesi temu bual bagi sebuah segmen di laman YouTube bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi, turut menceritakan situasi sebenar yang berlaku pada ketika itu.

Abang Cameron Highland tampil mohon maaf, Rupanya ini kejadian sebenar hampir ke gaung

Dia yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor menceritakan pemandu wanita terbabit memandu dalam keadaan bahaya di mana cuba memotong kenderaan pada bahagian selekoh tajam.

“Di sini saya nak ceritakan situasi sebenar, daripada A sehingga ke Z, apa yang jadi pada diri sendiri, isteri dan anak-anak dan kereta.

“Kami sudah habis beriadah (dalam perjalanan pulang dari Cameron Highland ke Shah Alam). Sewaktu saya turun dari Cameron Highland di Jalan Tapah, keadaan trafik agak sesak pada ketika itu, banyak kereta mahu pulang.

“Di situ ada satu situasi, saya nampak satu kenderaan pacuan empat roda dan sebuah Perodua Myvi yang sedang memotong barisan. Seperti biasa, saya meneruskan perjalanan dan Myvi tersebut ada di belakang saya, sehinggalah sampai ke satu selekoh tajam.

“Saya fokuskan pada selekoh, saya memang tak pandang belakang. Dan ada satu kereta bertentangan nak masuk dan secara tiba-tiba saya nampak dia menghala ke saya sambil ‘brek’ kecemasan dan membunyikan hon. Saya tengok di belakang ada sebuah kereta Myvi nak potong tapi tak lepas,”ceritanya.

Abang Cameron Highland tampil mohon maaf, Rupanya ini kejadian sebenar hampir ke gaung

Tak tergamak tekan ‘brek’ kecemasan, bimbang keselamatan isteri dan anak-anak
Jelasnya, dirinya tidak sampai hati untuk menekan brek kecemasan kerana bimbang akan keselamatan anak-anak dan isteri yang sedang sarat hamil pada ketika itu serta terdapat kenderaan lain turut berada di bahagian bertentangan.

“Saya nak tekan brek, anak bini saya ada di belakang. Saya nak tekan minyak, memang dah tak lepas dah, kereta ada di depan. Maknanya saya berada di tengah-tengah.

“Time tu, kereta tu dah brek emergency dan menghala ke saya, saya brek emergency dan tayar kereta saya dah jatuh daripada jalan. Dekat situ saya bernasib baik, tak tekan break. Kalau tidak, maknanya jatuh ke gaung. Bukan saya sahaja tapi kereta lain di belakang pasti akan ikut sekali.

“Saya brek emergency pun, bini saya dah jatuh, perut dah kena kerusi hadapan dan mengadu sakit termasuk anak-anak juga jatuh,”ceritanya lagi.

Bagaimanapun, dia masih meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di Lata Iskandar, Perak iaitu tiga kilometer dari lokasi kejadian dan berhenti kerana sudah tidak dapat menahan kesabaran.

Muhammad Zaim Faiz berkata, dirinya turun dari kenderaan dan menghampiran kereta Perodua Myvi berkenaan dan bercakap secara baik, namun diserang bertubi-tubi secara kasar sehingga menimbulkan kemarahannya.

Sumber : ohmy medla

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*